MINGGU PERTAMA : PENGENALAN MEMBUAT BATAS
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze -
Pada 23 Januari 2019 bermula lah detik-detik suka duka ranjau berduri yang perlu kami lalui sebagai pelajar di UTM selama 4 tahun. Walaupun pahit manis tetap akan kami harungi bersama-sama tempuhi segala saat gemilang akan tiba kan kita kecapi bersama ✌ . Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Sooooo kipidap dont give up geng 😂.
Pada minggu pertama ini, kami diperkenalkan dengan pensyarah yang cantik dan baik iaitu Dr Husna dan 3 orang pembantunya yang baik dan peramah iaitu Pn Salina, En Faris dan En Abang Hipni. Pada awal nya, kami membayangkan yang subjek ini tak best, tapi lepas Dr Husna bagi penerangan, kami dapat bayangkan yang subjek ni best dan seronok. Hehe.
Dr Husna telah memberikan kami pendedahan dan penerangan awal tentang subjek yang kami ambil ini. Sebelum kami memulakan aktiviti membuang rumpai, kami telah diberikan penerangan oleh Dr Husna tentang peraturan peraturan semasa berada diladang. Selain itu, peralatan hendaklah dibasuh selepas digunakan.
Peraturan-peraturan yang dibuat oleh senior
Boot perlu disusun selepas digunakan
Cangkul yang telah digunakan dan dibersihkan perlu diletakkan seperti ini
Selepas diberikan penerangan, Puan Salina telah membahagikan batas kepada setiap pelajar. Setelah batas diberikan kepada setiap pelajar, kami mengambil peralatan untuk membuang rumpai seperti cangkul.
Cara-cara menggunakan cangkul dengan betul
0 comments:
Post a Comment