MINGGU KEDUA : MENYIAPKAN BATAS


 Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier -

Setelah seminggu kami bercuti sempena raya cina, kami kembali membuat batas. Kami sangat bertuah tanah kami telah digembur menggunakan traktor oleh pembantu ladang, Encik Abang dan Encik Faris.


Seterusnya kami diarahkan untuk mengambil sedikit tanah yang sudah digembur untuk di bawa ke Makmal Pertanian Tisu Kultur N30 untuk membuat ujikaji tentang tekstur tanah batas masing-masing. Kami mengambil lebih kurang dalam tiga genggam tanah untuk membuat uji kaji tekstur tanah tersebut.



Mengambil sampel tanah.

Kemudian, kami diarahkan oleh Encik Abang untuk menandakan keluasan batas masing masing mengunakan pita ukur. Ukuran yang tepat ialah 4kaki x 10kaki, dan jarak antara batas ke batas yang lain ialah 2 kaki. Kami menandakan menggunakan kayu dan menggunakan tali rapia untuk keluasan batas tersebut.

   

Mengukur dan menanda keluasan batas.

Setelah semua pelajar mendapat keluasan yang tepat untuk batas masing masing, kami membuat lining menggunakan cangkul. Tujuan kami membuat batas sebelum menanam sayur ialah menggelakkan biji benih lemas dalam takungan air dan menggelakan biji benih dibawa lari oleh haiwan atau serengga.


 

Membuat lining pada batas.

Setelah penat, kami mengambil nafas sebentar sambil berbual-bual dengan Puan Salina di bawah pokok sambil membasahkan tekak dengan air coway ladang 😄.


Berehat sebentar bersama Puan Salina.

Setelah berehat, kami meneruskan kerja-kerja membuat batas. Bagi mengelakkan tanah lari dari batas semasa hujan, setiap batas perlulah dihalang menggunakan kayu seperti kubur. Untuk menghasilkan nya, kami perlu memotong kayu menggunakan gergaji mengikut ukuran yang telah diberikan iaitu 4kaki x 10kaki. Semasa proses memotong kayu, cikgu-cikgu lelaki yang banyak membantu cikgu-cikgu perempuan.

  

Memotong kayu menggunakan gergaji.

Manakala cikgu-cikgu perempuan pula menyelek kayu-kayu yang sudah siap dipotong. 

Tujuan syelek dilakukan adalah untuk :
1. Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik.
2. Menghilangkan kesan calar dan cacat.
3. Menyediakan lapisan pelindung dari air dan serangga.
4. Menjadikan kayu lebih tahan lama dan tidak reput.

  

Menyelek kayu yang tela siap dipotong.

Seterusnya, setelah syelek kering, kami melakukan kerja yang seterusnya, setiap penjuru batas diletakkan kayu dan setiap penjuru batas perlu dipaagar kayu yang diletakkan itu kukuh. 

  

Memaku kayu.

Setelah selesai memaku kayu, tanah perlulah digemburkan dan diratakan untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. Taraaa!!! Akhirnya batas telah siap pun siap hasil titik peluk kami.


Inilah batas yang telah siap 💪.


Share this:

0 comments:

Post a Comment