MINGGU KE-9 : SAMBUNG TUAI SAYUR BAYAM !
Assalamualaikum, Hiiiiii semua.
Alhamdulilah berjumpa lagi kita pada minggu ini selepas huwa huwa cuti seminggu. Amacam cuti korang? Best tak? Fun fun tak? Jadi, memandangkan dah puas kan cuti seminggu kat rumah, dah rehat kan badan fikiran semua , so minggu ni kita sambung tuai sayur balik okeyyy. So minggu ni kita tuai sayur bayam ye !
Jadi macam biasalah pagi-pagi tu bangun tidur tunaikan segala hajat-hajat dan perkara yang wajib, so dah boleh lah ready siap-siap nak ke ladang untuk tuai sayur. Hehe. Jam pun masih awal lagi, boleh lah santai-santai pergi sarapan isi perut, untuk bagi energy nak tuai sayur ni kan.
Jam pun dah dekat pukul 8.00, marilah ke ladang wahai geng-geng ladang sekalian!! Untuk kali ni tak banyak batas nak tuai sayur sebab tak banyak batas yang tanam sayur bayam ni. Lagipun sayur bayam ni dah tua-tua semuanya, pokok pun besar-besar dan segar-segar semuanya. Elok lah pagi-pagi ni tuai sayur untuk mengekalkan kesegaran sayur tu 😃.
Bermula kerja-kerja mencabut pokok-pokok bayam, membasuh pokok-pokok bayam sambil membawang dan bergelak sakan dan sakat-menyakat yang menyebabkan kerja lambat siap. Haha. Biasalah mulut bergerak selari dengan tangan yang bergerak 😂. Dah siap basuh sayur, apa lagi kita packing lah sayur-sayur tu cantik-cantik letakkan sekali sticker ladang. Hehe.
Tungguuuu apa lagii???? Kita jual sayur-sayur kita tu dekat staff-staff utm ni. Jangan ingat sayur ladang tak laku okey. Sayur ladang ni laku teruk sebab sayur-sayur kami tak guna racun. 100% organik ! Bukan setakat staff je yang beli, orang luar pun beli juga tau. Terima kasih banyak yang beli sayur fresh-fresh dari ladang ni. 😉
Okey itu sahaja untuk minggu ni, kita jumpa lagi minggu depan ye. Have a nice day !
0 comments:
Post a Comment