MINGGU KE-10 : MENGGEMBUR, MELETAKKAN BAJA TAIK AYAM
Okey harini kita nak menggembur balik batas untuk tanam sayuran berbuah pula. Sayur apa yang kita nak tanam? Kenalah tunggu post yang seterusnya kalau nak tahu sayur apa yang akan ditanam. Hehe. Tunggu apa lagi? Marilah ambil cangkul di stor dan bermulalah aktiviti menggembur tanah sehingga tanah pun menjadi gembur. Eh 😅.
Semasa sedang menggembur tanah, En Abang menyuruh kami untuk mengambil baja taik ayam di belakang untuk diletakkan dibatas masing-masing dan digaulkan dengan tanah. Sooo, adalah beberapa orang pelajar ni beria-ria untuk ambil taik ayam tersebut. Masa sampai je dekat tempat nak ambil taik ayam tu, lepas je En Abang buka penutup taik ayam tu, ada segelintir pelajar yang beria-ria nak ambil taik ayam tu cabut lariiiiiii . Hahahahahaha. Nak tau tak kenapa dia orang ni cabut lari? Sebab dia punya harum bau taik ayam tu tersangat lah harum sampai ada yang nak termuntah. Hahahahahah.
Sebelum nak ambil taik ayam ni kena pakai dulu sarung tangan hitam. Maka bermulalah sesi menyeduk taik ayam tersebut dan diletakkan di dalam kereta sorong. Ceduk ceduk taik ayam ceduk ceduk taik ayam (ni nyanyi ye jangan baca ahahaha).
Lepas dah cedok taik ayam, sorong kereta sorong tersebut ke batas. So setiap batas perlu letak baja taik ayam ni tak banyak pun lebih kurang separuh bekas sahaja. Lepas dah letak baja taik ayam , kita gaul-gaulkan dengan tanah sehingga sebati dan rata. Dah gaul-gaulkan tanah tu kita kena biarkan tanah ni sekurang-kurangnya semalaman. Untuk apa biarkan semalaman? Sebab baja taik ayam ni panas, jadi kita tak boleh terus semai biji benih. Nanti biji benih pun tak nak tumbuh.
Makanya, setakat ni sahaja kerja kami pada minggu ini. Jumpa lagi ! 😉
0 comments:
Post a Comment