MINGGU KETIGA : MEMBAJA TANAH
" Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."
Pada minggu ini, kami melakukan aktiviti membaja tanah sebelum menanam biji benih. Puan Salina telah memberikan penerangan tentang baja. Kami membaja tanah menggunakan baja organik. Jenama baja yang kami gunakan ialah Baja Organik E.M Mas Hitam.
Baja organik ialah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien yang penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Antara
contoh baja organik ialah najis haiwan seperti tahi ayam, kompos dan serbuk
batu kapur. Baja organik bekerja secara perlahan kerana ia perlu diuraikan
dahulu oleh agen organisma tanah untuk melepaskan nutrien yang diperlukan oleh
pokok.
Baja organik.
Kelebihan baja organik:
1. 100% Penggunaan Teknologi Mikrob E.M (EFEKTIF MIKROORGANISM)+100%
penggunaan bahan organik.
2. Berfungsi sebagai "Growth Stimulant & Soli Conditioner".
3. Tidak berbau najis, berkualiti, berkesan dan murah.
4. Telah digunapakai oleh kebanyakan negara maju seperti Jepun dan Korea.
5. Menghapuskan pathogen, parasit dan phytotoxin.
6. Sesuai untuk semua jenis tanam (100% jaminan)
Kandungan Bahan:
Jenis Tanaman :

Seterusnya, setelah Puan Salina memberikan penerangan tentang baja organik ini, kami dihendaki untuk mengambil baja organik ini sebanyak 1 bekas bagi setiap batas.
Bekas yang digunakan untuk mengambil baja organik.
Setelah mengambil 1 bekas baja organik, baja organik tersebut perlulah ditaburkan di atas batas dan kemudiannya dicampurkan dengan tanah yang ada kerana baja organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Menabur baja organik di atas batas.
0 comments:
Post a Comment