MINGGU KE-11 : MENANAM BIJI BENIH SAYUR BERBUAH DAN MENGAMBIL BULUH




Hiiii, Assalamualaikum, bertemu lagi kita pada minggu ini setelah kejadian taik ayam pada minggu lepas Hahaaah.

Okey seperti yang dijanjikan kepada pembaca-pembaca yang setia, pada minggu ini kita akan menanam biji benih sayur berbuah. Kita akan menanam beberapa jenis sayuran berbuah seperti timun, timun mini, petola, terung dan tomato ceri. Untuk pengetahuan semua, sayur berbuah ini mengambil jangka masa yang berbeza untuk matang. Selain itu juga, bilangan bijih benih bagi setiap sayur berbuah juga berbeza. 
Image result for biji benih terung baja smart grow
Jenis sayur ini ialah terung. Tempoh kematangannya ialah 60 hari dan mempunyai 30 biji benih.
Image result for biji timun baja smart grow
Jenis sayur ini ialah timun mini. Tempoh kematangannya ialah 35 hari dan mempunyai 15 biji benih.

Image result for bijih tomato ceri smart grow

Jenis sayur ini ialah timun mini. Tempoh kematangannya ialah 55-60 hari dan mempunyai 30 biji benih.
Image result for biji petola baja smart grow
Jenis sayur ini ialah timun mini. Tempoh kematangannya ialah 50-60 hari dan mempunyai 6 biji benih.

Sebelum meneruskan kerja-kerja menanam biji benih, En Faris memberikan penerangan untuk penanaman biji benih ini yang mana biji benih ini tidak boleh ditanam rapat-rapat kerana ada ukuran untuk jarak penanam biji benih iaitu jarak bagi setiap biji benih ialah 50cm bagi memudahkan kerja-kerja membuat pancang.


 

Untuk seterusnya, ketua kelas iaitu Afham perlu membahagikan bijih benih secara adil dan saksama. Bak kata En Faris, bagi tanah je dah bergaduh apatah lagi bagi bijih benih Haahaha. Setelah biji benih dibahagikan, proses menanam bijih benih diteruskan mengikut penerangan yang telah diberikan oleh En Faris.



Setelah menanam biji benih, batas tersebut perlu diletak sungkupan untuk mengelakkan biji benih lari apabila disiram atau terkena hujan yang lebat. Tempoh sungkupan ini ialah selama seminggu atau setelah pokok mengeluarkan 2 hingga 3 helai daun.



Selepas selesai menanam biji benih. Semua pelajar perlu ke dusun untuk mengambil buluh. Nak buat apa ambil buluh ni? Kita kena ambil buluh ni untuk buat pancang. Pancang ni pula tujuan dia supaya pokok yang kita tanam tu nanti dia menjalar dekat pancang tu, jadi tak ada lah pokok tu nanti menjalar tak tentu arah pula. Heheh. Okey semua pun dah gembira sebab dapat masuk ke dusun, malangnya tak ada pokok yang berbuah sebab bukan musim buah 😂😥. Masa naik dekat dusun ni boleh jumpa macam-macam binatang dan pokok. Dah pilih buluh yang nak dibuat pancang, kumpul-kumpul semua buluh yang nak dibawa dan masing-masing membawa buluh masing-masing.

Okey jom bawa turun buluh-buluh ni !





Dah sampai semula ke ladang, kita rehat dulu untuk menghilangkan penat sambil minum air coway ladang .

Okey lah sampai sini saja untuk minggu ni. Jumpa lagi minggu hadapan !

Share this:

0 comments:

Post a Comment