MINGGU KE-13 : MEMBUAT TUT
Baiklah harini kita akan membuat tut. Tut? Apa tu tut? Tut ni atau Marcotting pembiakan tanaman melalui batang pokok. Kaedah tut juga merupakan salah satu daripada kaedah pembiakan tampang (vegetative propogation). Pembiakan tanaman dijalankan melalui pelbagai kaedah iaitu cara sexual dan asexual. Cara sexual adalah dengan menggunakan biji benih (seed) yang dihasilkan melalui proses pendebungaan bunga jantan dan betina. Kaedah pembiakan asexual ialah dengan cara pembiakan tampang (vegetative) dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakan. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-poko yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.
Untuk melakukan kaedah tut ini, kita akan lakukan di dusun. Sebelum ke dusun untuk melakukan kaedah tut ini, En Abang memberikan penerangan dahulu dan menunjukkan cara-cara melakukan tut. Antara bahan yang diperlukan ialah :
1. Jiffy peat pellets
2. Peat moss
3. Penggalak akar
4. Plastik putih
5. Pisau lipat
6. Tali rafia
Terdapat dua medium yang boleh digunakan untuk membuat tut ini yang pertama ialah jiffy peat pellets dan peat moss. Untuk menggunakan jiffy peat moss ini, medium tersebut perlu direndam dahulu sekurang-kurangnya satu jam agar jiffy peat moss tersebut menjadi kembang sebelum boleh digunakan. Manakala peat moss ialah tanah campuran dengan nisbah 2 : 1, 2 bahagian tanah perol dan 1 bahagian baja organik.
Perkara pertama sekali yang kita perlu lakukan untuk membuat tut ini ialah memilih batang pokok. Batang pokok yang hendak dipilih tidak terlalu besar kerana apabila memilih batang pokok yang besar, proses untuk memindahkannya pada kemudian hari agak sukar. Selain itu, pokok yang dipilih mesti segar, subur, mempunyai daun yang banyak, sihat dan lain-lain.
Untuk kaedah tut ini, kita gunakan medium peat moss. Ambil lebih kurang segengam peat moss kemudian letakkan di plastik putih. Kemudian, kepal-kepalkan peat moss tersebut dengan meletakkan sedikit air agar padat.
Setelah memilih batang pokok yang hendak dibuat tut, kelarkan sekeliling batang pokok sebanyak 5cm dengan menggunakan pisau lipat. Lakukan dengan berhati-hati agar tangan tidak terkena pisau yang tajam. Tujuan kelaran ini untuk membuang kulit pokok dan lendir-lendir tetapi tidak mencederakan bahagian phloem dan xylem pokok.
Kemudian, letakkan sedikit air pada bahagian yang telah dikelar dan letakkan penggalak akar. Hormon penggalak akar hendaklah diletakkan di bahagian atas mata tunas yang telah dikelar.
Proses seterusnya ialah meletakkan campuran medium yang telah dikepalkan pada bahagian yang telah dikelar. Bahagikan medium yang telah dikepalkan kepada dua bahagian untuk memudahkan bahagian yang telah dikelar dikelilingi campuran medium tersebut.
Proses yang terakhir membalut bahagian batang pokok yang telah dikelar dan dikelilingi campuran medium dengan plastik putih. Kenapa gunakan plastik putih? Kenpa tak guna plastik hitam ke merah ke? Tujuan kita gunakan plastik putih ini supaya kita mudah nampak akar yang tumbuh. Kemudian, ikat dengan menggunakan tali raffia. Untuk memudahkan proses mengikat, boleh dilakukan secara berdua dengan rakan. Ikatan perlulah dilakukan dengan kemas dan ketat agar tidak terbuka ikatan tersebut apabila pokok terkena angin, hujan dan sebagainya. Inilah hasilnyaa.
Sekian, ini sahaja pada minggu ini. Sehingga berjumpa lagi kita pda minggu hadapan 😊
1. Jiffy peat pellets
2. Peat moss
3. Penggalak akar
4. Plastik putih
5. Pisau lipat
6. Tali rafia
Terdapat dua medium yang boleh digunakan untuk membuat tut ini yang pertama ialah jiffy peat pellets dan peat moss. Untuk menggunakan jiffy peat moss ini, medium tersebut perlu direndam dahulu sekurang-kurangnya satu jam agar jiffy peat moss tersebut menjadi kembang sebelum boleh digunakan. Manakala peat moss ialah tanah campuran dengan nisbah 2 : 1, 2 bahagian tanah perol dan 1 bahagian baja organik.
Untuk kaedah tut ini, kita gunakan medium peat moss. Ambil lebih kurang segengam peat moss kemudian letakkan di plastik putih. Kemudian, kepal-kepalkan peat moss tersebut dengan meletakkan sedikit air agar padat.
Setelah memilih batang pokok yang hendak dibuat tut, kelarkan sekeliling batang pokok sebanyak 5cm dengan menggunakan pisau lipat. Lakukan dengan berhati-hati agar tangan tidak terkena pisau yang tajam. Tujuan kelaran ini untuk membuang kulit pokok dan lendir-lendir tetapi tidak mencederakan bahagian phloem dan xylem pokok.
Kemudian, letakkan sedikit air pada bahagian yang telah dikelar dan letakkan penggalak akar. Hormon penggalak akar hendaklah diletakkan di bahagian atas mata tunas yang telah dikelar.
Proses seterusnya ialah meletakkan campuran medium yang telah dikepalkan pada bahagian yang telah dikelar. Bahagikan medium yang telah dikepalkan kepada dua bahagian untuk memudahkan bahagian yang telah dikelar dikelilingi campuran medium tersebut.
Proses yang terakhir membalut bahagian batang pokok yang telah dikelar dan dikelilingi campuran medium dengan plastik putih. Kenapa gunakan plastik putih? Kenpa tak guna plastik hitam ke merah ke? Tujuan kita gunakan plastik putih ini supaya kita mudah nampak akar yang tumbuh. Kemudian, ikat dengan menggunakan tali raffia. Untuk memudahkan proses mengikat, boleh dilakukan secara berdua dengan rakan. Ikatan perlulah dilakukan dengan kemas dan ketat agar tidak terbuka ikatan tersebut apabila pokok terkena angin, hujan dan sebagainya. Inilah hasilnyaa.
0 comments:
Post a Comment