MINGGU KE-12 : NUTRI POT



Assalamualaikum semua! Sihat ke semua? Alhamdulilah semua sihat ye.

Nak tau tak minggu ni kita akan buat apa? Okey minggu ni kita akan buat nutri pot. Nutri pot? Apa tu nutri pot? Nutri pot ini adalah kaedah bercucuk tanam yang mudah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekerapan menyiram. "Less watering" itulah nutri pot. Hanya perlu siram 1 atau 2 kali siraman seminggu diperingkat awal 10 hingga 15 hari sekali siraman diperlukan. Itulah kaedah nutri pot. Kaedah nutri pot ni mungkin baru bagi sebahagian orang. Tetapi kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di bandar dan tidak mempunyai halaman yang besar dan tidak perlu membuang rumput.

Okey jom kita mulakan cara-cara nak buat nutri pot ni. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nutri pot ini ialah cehhhh macam nak masak pula ae. Hahah. Okey-okey kita teruskan, so bahan yang diperlukan ialah botol (nak lagi jimat kita gunakan botol minyak atau botol air mineral, tak perlu beli botol), span akuarium, coco peat, baja A & B, spray hitam & putih, biji benih, pisau untuk memotong.



Okey mula-mula sekali, kita perlu potong botol kepada dua bahagian, satu bahagian pendek (bahagian atas iaitu bahagian penututp) manakala satu bahagian lagi panjang (bahagian bawah). Bahagian yang pendek tersebut perlu dibuat lubang untuk dimasukkan span akuarium. Buat sebanyak 4 lubang. Bahagian yang panjang pula dibuat satu lubang kecil sebagai overflow. Jangan buat lubang overflow tu terlalu bawah dan terlalu atas. Ngam-ngam soi je gitu. Lepas dah siap buat lubang kita spray kedua-dua bahagian. Tapiiiii ada tau, bahagian atas kita spray dengan warna hitam manakala bahagian bawah kita spray dengan warna putih. Kenapa kena spray? Kita spray sebab nak elakkan daripada botol berkulat.


 


 

Sementara menunggu botol kering, ambil span akuarium kemudian potong span akuarium untuk dimasukkan kedalam lubang yang telah dibuat. Botol yang kita spray tadi pun dah kering, jadi apa tunggu lagi? Kita ambil bahagian yang pendek kemudian, kita masukkan span akuarium yang kita dah potong tadi ke dalam lubang yang kita dah buat tadi dan bahagian penutup botol. Dia akan jadi macam ni, taraaaaa 😂.

  


Langkah seterusnya ialah, masukkan  coco peat ke dalam botol yang telah diletakkan span akuarium. Ini lah fungsi kenapa diletakkan spa akuarium ke dalam lubang tadi supaya coco peat tidak terkeluar dari botol. Kemudian basahkan keseluruhan cocopeat untuk kelembapan.

 

Untuk seterusnya kita nak buat air penyiram. Okey air ni kita guna kan dua campuran baja iaitu baja A dan baja B. Baja A ialah kalsium nitra & NH4 manakala baja B ialah potasium nitrat, sulfat & monopospet. Untuk baja A dengan baja B, suakatannya ialah satu penutup baja A & baja B memerlukan 1 liter air. So jom kita ambil air dalam baldi dan campurkan dengan baja A & B. Baja A & B ni kita tak boleh masukkan sekali. Kita kena masukkan asing-asing. Mula-mula kita masukkan dulu baja A dan kacau-kacau dengan air. Lepastu baru kita masukkan baja B dan kacau-kacau. Air siraman pun dah siap.

  

Jom beratur ambil air baja 😂. Air baja ni kita masukkan ke dalam botol yang kita potong bahagian panjang senang cakap botol yang kita dah spray dengan warna putih. Kita masukkan air baja sehingga bahagian overflow. Jadi ini lah fungsi overflow, kalau air yang dimasukkan terlebih, air tersebut akan keluar melalui lubang overflow tersebut. Tapi jangan lah sampai melimpah-limpah air yang keluar akan jadi membazir pula.


 

Kemudian, kita letakkan bahagian yang hitam ke atas bahagian yang putih macm ni.

 

Dah siap semua, kita boleh lah letak biji benih dekat medium tanaman coco peat. Sebelum nak letak biji benih, kita kena buat campuran biji benih dengan pasir dengan nisbah 1(biji benih) : 10(pasir) dulu untuk penjarangan. Okey dah siappppp, inilah hasilnya.

   

Kita jumpa lagi minggu hadapan okey 😉

Share this:

0 comments:

Post a Comment