MINGGU KE-4 EKSPERIMEN MENENTUKAN TEKSTUR TANAH
EKSPERIMEN
1
TEMPAT:
N30 MAKMAL PERTANIAN TISU KULTUR
TARIKH:
26.02.2019
MASA:
2.00-5.00
PENGENALAN
Tekstur tanah adalah keadaan tingkat kehalusan tanah
yang terjadi kerana terdapatnya perbezaan komposisi kandungan pasir, debu dan
liat yang terkandung pada tanah (Badan Pertanahan Nasional). dari ketiga jenis
fraksi tersebut partikel pasir mempunyai ukuran diameter paling besar yaitu 2 –
0.05 mm, debu dengan ukuran 0.05 – 0.002 mm dan liat dengan ukuran < 0.002
mm. Untuk menentukan tekstur tanah, ia mempunyai banyak kaedah. Kaedah yang
pertama ialah kaedah mendapan. Selain itu, kaedah ini menggunakan segitiga tekstur. Segitiga tekstur merupakan suatu diagram
untuk menentukan kelas-kelas tekstur tanah.
TAJUK
Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
TUJUAN
Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
OBJEKTIF
1. Menentukan tekstur
tanah dengan menggunakan kaedah mendapan.
2. Menerangkan cara-cara membaca segitiga
tekstur tanah dengan betul
3.
Mengenalpasti dan memilih alatan dan radas untuk membuat ujikaji
RADAS/ALAT
Sampel tanah, selindar penyukat 500 ml, air,
pembaris dan carta segitiga tekstur tanah, bikar 100 ml
LANGKAH-LANGKAH
- 50 ml sampel tanah diambil.
- Hancurkan tanah tersebut.
- 50 ml tanah dimasukkan ke dalam silinder penyukat.
- 300 ml air ditambahkan ke dalam silinder penyukat
- Goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin terpisah dan menutup selinderpenyukat menggunakan tapak tangan
- Tiga jam tanpa gangguan, letakkan silinder penyukat di atas meja.
- Catatkan dalam jadual ukuran tinggi setiap tanah yang mendap.
- Peratus pisahan tanah dihitungkan
- Menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg tentukan Tekstur Tanah
KEPUTUSAN: Ketinggian
keseluruhan pisahan 3.3 cm
Pisahan
|
Ketinggian
(cm)
|
Peratus
(%)
|
Pasir
|
2.0
|
60.6
|
Kelodak
|
1.0
|
30.3
|
Tanah
liat
|
0.3
|
9.1
|
Peratus
pisahan dikira seperti berikut :
Peratus
pisahan = Ketinggian lapisan pisahan (cm) x 100
Ketingian semua
lapisan (cm)
|
1. Pengiraan Peratusan Pasir (Sand)
2.0 x 100 = 60.6%
3.3
2. Pengiraan Peratusan Kelodak (Silt)
1.0 x 100= 30.3%
3.3
3. Pengiraan Peratusan Tanah Liat (Clay)
0.3 x 100= 9.1%
3.3
KESIMPULAN:
Peratusan pasir 60.6% adalah paling
tinggi di dalam sampel tanah dan yang paling rendah ialah tanah liat 9.1%.
Berdasarkan segi tiga tekstur, tekstur
tanah merupakan sandy loam. Bagi pendapat saya, penambaikan untuk eksperimen
ini ialah setiap pelajar haruslah mencatat penerangan yang di berikan oleh
pensyarah agar info dan pengetahuan yang diberikan dapat digunakan untuk
membuat rujukan semasa menyediakan report. Selain itu, setiap pelajar haruslah
melakukan sesuatu uji kaji dengan berhati hati dan tidak bergurau semasa di dalam
makmal dan semasa melakukan uji kaji. Akhir sekali pelajar, haruslah peka
terhadap situasi yang sedang berlaku semasa melakukan uji kaji.
PENILAIAN:
Adakah
kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan. Mengapa.
Ya. Kaedah ini lebih sesuai kerana mempunyai bacaan
dan merujuk kepada segi tiga tekstur untuk
menentukan tekstur tanah. Selain itu, peratusan pisahan yang dihitung adalah
lebih tepat mengunakan formula yang diberi.
Adakah
ralat-ralat yang mungkin wujud?
Ralat yang wujud ialah air yang dimasukkan sebanyak 50
ml itu berkurang kerana semasa proses mengoncang air yang berada didalam
silinder penyukat tersebut tumpah sedikit. Selain daripada itu, masa goncangan
setiap orang berbeza, ada yang mengambil masa hanya sebentar dan ada yang ambil
masa lama.
Apakah
yang perlu dilkukan untuk memastikan kejayaan eksperimen ini?
Perkara yang
dilakukan untuk memastikan kejayaan eksperimen ini ialah keadaan tanah yang
kering dan hancur. Selain daripada itu, kita haruslah mengikut langkah langkah
yang telah diberitahu dengan betul seperti mengambil silinder penyukat yang betul, isipadu air sebanyak 300 ml dan kira
peratus pisahan mengunakan formula yang telah diberikan.
EKSPERIMEN
2
TEMPAT:
N30 BILIK TISU KULTUR
TARIKH:
26.02.2019
MASA: 2.00-5.00
PENGENALAN
Untuk uji kaji kedua ini, kami menggunakan kaedah medan. Kaedah medan ini kami
melakukannya secara praktikal. Kaedah ini dapat menentukan tekstur tanah
tersebut dengan membentuk tanah. Ia dapat dirasa sama ada tanah kita terlalu
kasar atau pun licin. Uji kaji ini mengambil masa sedikit kerana ia mengambil
masa untuk membentuk tanah tanah tersebut.
TAJUK
Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan.
TUJUAN
Menentukan tekstur tanah melalui kaedah medan.
OBJEKTIF:
1.Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah medan
2.Menentukan tekstur tanah dengan
membentuk tanah
3.Mengenalpasti dan memilih alatan dan radas
untuk membuat ujikaji
RADAS/ALAT
Sampel tanah, air, plastik putih, kain lap
LANGKAH-LANGKAH:
- Lebih kurang 20g (20 ml) sampel tanah diambil. ( atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm)
- Di atas plastik putih, letakkan sampel tanah tersebut. Dengan sedikit air, uli tanah tersebut.
- Tanah dilembapkan dengan sedikit air supaya dapat dibentuk.
- Membentuk tanah tersebut menjadi bentuk bebola, bulan sabit,
rod, bentuk U atau gegelang.
PEMERHATIAN
Bebola dapat dibentuk
Rod dapat dibentuk
Bentuk gegelang merekah
Bentuk U merekah
Bentuk bulan sabit merekah
Rod tidak
dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
Bebola
dapat dibentuk (pasir berloam)
Rod dapat
dibentuk (tanah loam)
Rod
membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)
Gelang
yang retak-retak (tanah liat berpasir)
Gelang
dapat dibentuk (tanah liat)
KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian daripada eksperimen untuk
menentukan tekstur tanah melalui cara medan di dapati sampel tanah adalah sandy
loam. Sampel tanah yang dilakukan uji kaji mengandungi pasir yang banyak. Bagi
pendapat saya, penambaikan untuk eksperimen ini ialah setiap pelajar haruslah
mencatat penerangan yang di berikan oleh pensyarah agar info dan pengetahuan
yang diberikan dapat digunakan untuk membuat rujukan semasa menyediakan report.
Selain itu, setiap pelajar haruslah melakukan sesuatu uji kaji dengan berhati
hati dan tidak bergurau semasa di dalam makmal dan semasa melakukan uji kaji.
Akhir sekali pelajar, haruslah peka terhadap situasi yang sedang berlaku semasa
melakukan uji kaji.
PENILAIAN
Adakah kaedah ini tepat?
Kurang tepat kerana setiap orang
mempunyai cita rasa yang berlainan, setiap orang melakukan uji kaji tersebut
dengan berbeza beza, jadi ia tidak tepat untuk sesuatu uji kaji.
Mengapakah kaedah ini digunakan?
Kaedah medan ini digunakan adalah
untuk mengetahui tekstur tanah, contohnya semasa kita membentuk rod, dan rod
tidak dapat dibentuk, jenis tanah tersebut ialah tanah sangat berpasir. Selain
itu, dengan menggunakan kaedah ini, kita dapat mengetahui jenis jenis tanah
secara praktikal dan keputusan yang diperolehi adalah lebih
cepat untuk mengetahui jenis tekstur tanah.
EKSPERIMEN
3
TEMPAT:
N30 BILIK TISU KULTUR
TARIKH:
26.02.2019
MASA: 2.00-5.00
PENGENALAN
Uji kaji ini
ialah untuk memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah. Dengan
menggunakan meter Ph ia dapat mengetahui berapa
bacaan pH dan berapa kelembapan tanah tersebut. Uji kaji ini mengambil masa
selama 3 minit untuk mendapatkan ispadu air dan keputusan bacaan pH.
TAJUK
Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah.
TUJUAN
Memandingkan kadar
pengaliran air menerusi tanah
OBJEKTIF
1. Memandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
2. Mengetahui cara mengunakan meter pH
3. Mengenalpasti dan memilih
alatan dan radas untuk membuat ujikaji
RADAS/ALAT
Sampel tanah, air suling, gentian kaca, bikar,
corong luras.
LANGKAH-LANGKAH:
1. Menyediakan radas seperti yang telah di arahkan
2. 50 ml air suling disukat
3. Tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam kelalang kun dan
setiap sampel tanah
tersebut dituangkan air sebanyak 50 ml.
4. Perhatikan dan catatkan keputusan.
5. Menggunakan meter pH ambil bacaan pH tanah.
KEPUTUSAN
SAMPEL TANAH
|
ISIPADU AIR SELEPAS 3 MINIT
|
BACAAN pH TANAH/KELEMBAPAN
|
PEMERHATIAN
|
Batas 1
|
35 ml
|
pH 7
kelembapan 1
|
pada 60 saat pertama
air turun dengan laju dan mula turun dengan perlahan pada minit kedua
|
Batas 2
|
20 ml
|
pH 7
kelembapan 1
|
pada 60 saat pertama
air turun dengan laju dan mula turun dengan perlahan
|
Batas 3
|
30 ml
|
pH 6.6
kelembapan 1
|
air turun dgn laju
selepas saat ke 30 dan berhenti pada minit 1:30
|
Batas 4
|
30 ml
|
pH 6.4
kelembapan 1
|
air mula turun pada
saat ke 3 dengan laju dan berhenti pada saat ke 25
|
Batas 5
|
37 ml
|
pH 6.6
kelembapan 1
|
air mula turun pada
saat ke 10 dengan kelajuan normal. Mula perlahan pada minit ke 1:38 dan
berhenti mengalir pada minit 2:18
|
Batas 6
|
35 ml
|
pH 7
kelembapan 1
|
air turun sangat laju
pada saat ke 2 dah berhenti pada saat ke 20
|
Batas 7
|
38 ml
|
pH 6.4
kelembapan 1
|
Pada saat ke 3 air
mulaa turun dengan laju dan berhenti pada saat ke 39
|
Batas 8
|
23 ml
|
pH 6.6
kelembapan 1.2
|
Pada saat ke 56 air
mula turun secara perlahan-lahan dan berhenti mengalir pada minit 2:20.
|
Batas 9
|
35 ml
|
pH 6
kelembapan 1
|
Air mula turun pada
saat ke 10 kelajuan normal
|
Batas 10
|
37 ml
|
pH 6
kelembapan 1
|
air mula turun dengan
laju dan berhenti sebelum minit ke 3
|
Batas 11
|
20 ml
|
pH 5.6
kelembapan 1
|
Air tidak turun pada
minit pertama dan turun secara perlahan lahan pada minit minit yang
seterusnya
|
Batas 12
|
20 ml
|
pH 5.6
kelembapan 1
|
Air turun perlahan pada
60 saat pertama dan mula laju pada minit kedua
|
Batas 13
|
19 ml
|
pH 5.8
kelembapan 1
|
Air turun perlahan pada
60 saat pertama dan mula laju pada minit kedua
|
Batas 14
|
17 ml
|
pH 6.4
kelembapan 1.5
|
Air yang turun sgt
perlahan dan air bertakung
|
Batas 15
|
30 ml
|
pH 6.2
kelembapan 1
|
pada saat ke 0:11 air
mula turun dengan laju tapi normal dan berhenti pada saat ke 0:21
|
Batas 16
|
38 ml
|
pH 6.0
kelembapan 1
|
Pada saat ke 4 air mula turun dengan laju dan berhenti pada
saat ke 37
|
Batas 17
|
20 ml
|
pH 7
kelembapan 1
|
Air mula turun pada
saat ke 0.13 dengan kelajuan normal. Berhenti mengalir pada saat ke 0.24
|
Batas 18
|
29 ml
|
pH 6.8
kelembapan 1
|
Air mula turun pada saat ke 20, kelajuan normal
|
Batas 19
|
25 ml
|
pH 6.6
kelembapan 1
|
air tidak turun pada 30
saat pertama dan mula turun dengan laju selama satu minit dan air turun
dengan perlahan lahan( setitik demi setitik) hingga minit ke 3
|
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya
berdasarkan nilai keputusan yang diperolehi di dalam batas 4 bagi pH
tanah adalah sedikit berasid dan perlu dirawat untuk memastikan tanah di
kawasan tersebut sesuai untuk menanam. Nilai pH diantara 6.0 - 6.8 dikatakan
paling sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Tanah terlalu asidik dan alkaline
tidak sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman. Diantara beberapa faktor yang
mempengaruhi pH tanah kandungan bahan induk tanah dimana bahan asal dari mana
tanah itu terbentuk. Bagi pendapat saya, penambaikan untuk eksperimen ini
ialah setiap pelajar haruslah mencatat penerangan yang di berikan oleh
pensyarah agar info dan pengetahuan yang diberikan dapat digunakan untuk
membuat rujukan semasa menyediakan report. Selain itu, setiap pelajar haruslah
melakukan sesuatu uji kaji dengan berhati hati dan tidak bergurau semasa di
dalam makmal dan semasa melakukan uji kaji. Akhir sekali pelajar, haruslah peka
terhadap situasi yang sedang berlaku semasa melakukan uji kaji.
PENILAIAN
Mengapakah
kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam
eksperimen ini?
Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin dalam
eksperimen ini kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air
keluar dari sampel tanah.
Mengapakah
gentian kaca jangan diambil dengan tangan/jari?
Gentian kaca tidak boleh
diambil menggunakan tangan atau jari kerana ia akan menyebabkan kegatalan pada
kulit, jadinya seeloknya mengunakan sarung tangan getah semasa hendak mengambilnya
Sampel
tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
batas 7 dan batas 16
Sekiranya anda ingin
memilih tanah untuk tanaman, tanah manakah yang akan anda pilih? Berikan sebabnya
Tanah loam kerana sangat
gembur, lembut dan rapuh di tangan anda apabila dipegang. Ia menyerap airdengan baik untuk tanaman tetapi cepat kering. Tanah jenis ini mempunyai daya
pengudaraan yang baik iaitu bebas bergerak di antara partikel tanah hingga ke
akar tanaman.
RUJUKAN
0 comments:
Post a Comment