MINGGU KE-5 : EKSPERIMEN PERCAMBAHAN BIJI BENIH
Hai , Assalamualaikum, berjumpa lagi kita pada harini. Okey harini kita akan buat eksperimen tentang percambahan biji benih. Ada 3 eksperimen yang perlu dijalankan iaitu:
1) Keperluan percambahan
2) Keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih
3) Percambahan epigeal dan hipegeal
EKSPERIMEN 1
TEMPAT : Makmal Pertanian Tisu Kultur N30
TARIKH : 4 Mac 2019
MASA : 2.00 hingga 4.00
Petang
TAJUK
Keperluan
percambahan.
PENGENALAN
Amali ini dijalankan untuk mengkaji
keperluan bagi percambahan biji benih. Percambahan ialah proses pertumbuhan
biji benih menjadi tumbuhan muda. Selain itu, percambahan memerlukan air, udara
dan suhu yang sesuai. Air diserap masuk ke dalam biji benih untuk mempergiat
tindak balas enzim terutamanya menukarkan makanan simpanan di dalam kotiledon
untuk menghasilkan tenaga. Air juga penting untuk melembutkan testa dan
mengembangkan kotiledon untuk merekahkan testa. Selain itu, oksigen daripada
udara diperlukan untuk respirasi sel. Tenaga yang terbebas diperlukan untuk
percambahan biji benih. Akhir sekali, suhu yang sesuai ialah antara 29 degree
hingga 35 degree supaya enzim dapat berfungsi dengan cekap dan sempurna.
TUJUAN
Untuk
mengkaji keperluan percambahan biji benih.
OBJEKTIF AMALI
Objektif
yang dapat diperolehi daripada amali ini ialah mengukur bilangan biji benih
yang bercambah berdasarkan pemerhatian dari hari pertama hingga hari kelima.
Selain itu, objektif amali ini ialah
untuk menghitung peratus keperluan untuk percambahan biji benih terhadap
oksigen di tempat yang terbuka. Akhir sekali, ialah menentukan keadaan
percambahan biji benih terhadap keperluan cahaya, air, oksigen dan suhu yang
sesuai.
RADAS/ALATAN/BAHAN :
Kaedah Ujikaji
1. Sediakan 8 set radas dan
letakkan kapas di dalam bekas plastik tersebut dan kemudian masukkan 10 biji
benih bagi setiap satu radas tersebut.
2. Kemudian, semua radas disiram
atau direnjis mengikut jenis air yang telah ditetapkan seperti di dalam jadual
di bawah kecuali radas B2 yang dibiarkan kering.
Set Kedua
Set Pertama
Keadaan Untuk
Percambahan
|
Label Radas
|
Rawatan
|
Cahaya
|
A1
|
Letakkan di atas meja dan
lembapkan dengan menggunakan air paip.
|
Air
|
B1
|
Dilembapkan dengan air paip
seperti biasa.
|
Oksigen
|
C1
|
Dilembapkan dengan air yang
telah didihkan dan diletakkan di atas meja.
|
Suhu
|
D1
|
Disimpan di dalam peti sejuk
beku selepas dilembapkan dengan air paip.
|
Set Kedua
Keadaan Untuk
Percambahan
|
Label Radas
|
Rawatan
|
Cahaya
|
A2
|
Disimpan di dalam laci selepas
dilembapkan dengan air paip.
|
Air
|
B2
|
Dibiarkan kering.
|
Oksigen
|
C2
|
Dilembapkan dengan air yang
telah
didihkan dan diletakkan di atas meja.
|
Suhu
|
D2
|
Diletakkan di atas meja
selepas
dilembapkan dengan air paip.
|
3. Akhir sekali, perhatikan percambahan
biji benih setiap dua kali sehari sehingga hari kelima dan
kemudian catatkan
keputusan setiap pemerhatian tersebut.
PENILAIAN UJIKAJI
Berdasarkan analisis data diatas, tujuan utama pembentukan biji benih
adalah untuk meneruskan kehidupan sesuatu jenis spesies pokok. Setiap percambahan biji benih memerlukan makanan yang tersendiri seperti
kadar air yang disirami mencukupi dan oksigen yang tidak terlalu lembap. Di
samping itu juga, suhu persekitaran yang sesuai juga memainkan peranan penting
untuk percambahan biji benih ini. Oleh itu, biji benih
akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air yang
mencukupi, oksigen dan suhu yang sesuai.
SOALAN
a)
Mengapakah air di dalam bekas
C1 dididihkan?
Air dalam radas C1 dididihkan
untuk membunuh mikroorganisma dan klorin yang terdapat dalam
air supaya tidak menghalang percambahan biji benih.
b)
Apakah faktor yang menyebabkan
biji benih tidak bercambah?
Antara faktor-faktor yang
menyebabkan biji benih tidak bercambah adalah seperti tidak mendapat keperluan air
yang secukupnya, suhu yang tidak bersesuaian seperti suhu yang terlalu rendah
atau terlalu tinggi yang boleh merencatkan atau melambatkan percambahan biji
benih serta oksigen yang terlalu lembap yang boleh menggalakkan pertumbuhan kulat menyebabkan anak pokok mati.
c)
Apakah kesimpulan yang boleh
anda buat mengenai ujikaji ini?
Kesimpulannya, keperluan
percambahan seperti air, oksigen dan suhu yang sesuai amat diperlukan bagi
percambahan biji benih manakala cahaya kurang diperlukan bagi proses ini kerana
sesetengah biji
benih boleh bercambah terus dibawah cahaya matahari manakala sesetengah biji
benih yang lain memerlukan keadaan gelap baru boleh bercambah. Jika salah satu daripada
keperluan air, oksigen dan suhu yang sesuai tidak mencukupi, maka percambahan
biji benih tidak akan berlaku. Penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa
akan datang ialah dengan memberikan tempat khas untuk setiap kumpulan supaya
tidak bercampur dengan kumpulan lain. Selain itu, penambahbaikan yang boleh
dilakukan ialah setiap pelajar perlu menyusun semula bekas mengikut sususan
setelah selesai membuat pemerhatian agar memudahkan untuk membuat pemerhatian
hari berikutnya kerana bekas tidak bersepah kedudukannya. Akhir sekali, penambahbaikan
yang boleh dilakukan ialah memberikan masa yang secukupnya untuk membuat
pemerhatian pada setiap hari agar pelajar dapat melihat perubahan dan perbezaan
terhadap percambahan biji benih tersebut.
d)
Kirakan peratus percambahan
biji benih di dalam bekas C2.
Peratus Percambahan Biji Benih (%) = Biji Benih Yang Bercambah /
Jumlah Biji Benih Yang Disemai X 100
Peratus Percambahan Biji Benih (%) = 9/10 X 100
= 90 %
TEMPAT : Makmal Pertanian Tisu Kultur N30
TARIKH : 4 Mac 2019
MASA : 2.00 hingga 4.00
Petang
TAJUK
Mengkaji
keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih
PENGENALAN
Amali ini dijalankan untuk mengkaji
keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih. Percambahan ialah proses pertumbuhan
biji benih menjadi tumbuhan muda. Selain itu, percambahan memerlukan air, udara
dan suhu yang sesuai. Air diserap masuk ke dalam biji benih untuk mempergiat
tindak balas enzim terutamanya menukarkan makanan simpanan di dalam kotiledon
untuk menghasilkan tenaga. Air juga penting untuk melembutkan testa dan
mengembangkan kotiledon untuk merekahkan testa. Selain itu, oksigen daripada udara
diperlukan untuk respirasi sel. Tenaga yang terbebas diperlukan untuk
percambahan biji benih. Akhir sekali, suhu yang sesuai ialah antara 29 degree
hingga 35 degree supaya enzim dapat berfungsi dengan cekap dan sempurna.
TUJUAN
Untuk
mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.
OBJEKTIF AMALI
Objektif
yang dapat diperolehi daripada amali ini ialah dapat mengkaji keadaan-keadaan
yang membolehkan percambahan bijih benih seperti air, cahaya, suhu dan udara.

KEPUTUSAN
LANGKAH-LANGKAH
1. Sediakan 5 tabung uji dan label kan
setiap satu tabung uji dengan label A, B, C, D dan E.
2. Sediakan 5 tabung uji A, B, C, D dan E dengan
kandungan seperti di bawah.
3. 4 tabung uji berlabel A, B, C dan E
diletakkan di dalam makmal.
4. Manakala, tabung uji D diletakkan di
dalam peti sejuk.
Keadaan untuk percabahan bagi setiap
tabung uji adalah seperti jadual berikut:
Keadaan
untuk percambahan
|
Label
radas
|
Rawatan
|
Tempat
tabung uji diletakkan
|
Air, udara dan suhu
|
A
|
Kapas dibasahkan
dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
|
Tabung uji dimasukkan
ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
|
Air
|
B
|
Kapas tidak perlu
dibasahkan dengan air paip atau air yang didihkan kemudian 3 biji benih
dimasukkan ke dalam tabung uji.
|
Tabung uji dimasukkan
ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
|
Udara
|
C
|
Masukkan air sejuk
yang telah didihkan kedalam tabung uji sebanyak separuh tabung uji kemudian 3
biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji. Seterusnya, minyak di titiskan ke
dalam tabung uji bagi menutupi permukaan atas air.
|
Tabung uji dimasukkan
ke dalam rak dan diletakkan di atas meja.
|
Suhu
|
D
|
Kapas dibasahkan
dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
|
Tabung uji dimasukkan
ke dalam rak dan diletakkan di peti sejuk.
|
Cahaya
|
E
|
Kapas dibasahkan
dengan air paip kemudian 3 biji benih dimasukkan ke dalam tabung uji.
|
Tabung uji dimasukkan
ke dalam rak dan diletakkan di tempat gelap seperti di dalam almari.
|
5. Pemerhatian terhadap biji benih
diperhatikan selepas 5 hari.
6. Pemerhatian biji benih direkodkan.
6. Pemerhatian biji benih direkodkan.
KEPUTUSAN
TABUNG
UJI
|
KEHADIRAN
|
PEMERHATIAN
BIJI BENIH (BERCAMBAH/TIDAK BERCAMBAH)
|
|||
AIR
|
CAHAYA
|
UDARA
|
SUHU
YANG SESUAI
|
||
A
|
/
|
/
|
/
|
/
|
|
B
|
X
|
/
|
/
|
/
|
|
C
|
/
|
/
|
X
|
/
|
|
D
|
/
|
/
|
/
|
X
|
|
E
|
/
|
X
|
/
|
/
|
|
PENILAIAN
UJIKAJI
Berdasarkan analisis data diatas, perkara utama yang diperlukan bagi
percambahan biji benih ialah air dan suhu yang sesuai. Kehadiran air melembutkan lapisan luar biji
benih, mengembangkan biji benih serta menghidrat enzim dan sumber makanan yang
terkandung didalam biji benih. Enzim yang terhidrat menjadi aktif lalu aktiviti
metabolik biji benih meningkat untuk menghasilkan tenaga untuk pertumbuhan biji
benih. Ini menyebabkan akar biji benih (radikel)
menjadi anggota pertama yang dapat diperhatikan tumbuh daripada biji benih,
menandakan benih berdaya maju.
ANALISIS
1. Nyatakan
ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.
a) Tabung
uji B : Tiada air.
b) Tabung
uji C : Tiada udara.
c) Tabung
uji D : Tiada suhu yang tinggi.
d) Tabung
uji E : Tiada bahan atau keadaan
yang menyebabkan biji.
benih tidak bercambah.
2. Apakah
pemboleh ubah:
a) Dimanipulasikan : Keadaan yang berbeza bagi setiap tabung
uji.
b) Dimalarkan : Kuantiti biji benih yang
diletakkan di dalam tabung uji.
c) Begerak
balas : Keadaan biji benih selepas
5 hari.
3 3. Apakah
keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?
Keadaan
yang diperlukan bagi percambahan biji benih ialah air, udara dan suhu yang
sesuai.
4.Tabung
uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?
Tabung
uji yang bertindak sebagai kawalan ialah tabung uji A.
5 5. Mengapakah
minyak digunakan dalam tabung uji C?
Minyak
digunakan dalam tabung uji C untuk menghalang udara daripada larut dalam air
masak.
6. Apakah
yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih)?
Udara.
7. Apakah
yang berlaku pada tabung uji E. terangkan jawapan anda.
Biji
benih dalam tabung uji E akan bercambah kerana biji benih tidak memerlukan
cahaya untuk bercambah.
8 8. Kesimpulan
eksperimen ini.
Kesimpulannya, air, udara dan suhu yang sesuai diperlukan untuk
percambahan biji benih. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian selepas 5
hari ujikaji dijalankan yang mana tabung uji A bercambah kerana adanya air,
udara dan suhu yang sesuai. Manakala tabung uji B tidak bercambah kerana tidak
mempunyai air. Seterusnya, tabung uji C tidak bercambah kerana tidak mempunyai
udara dan tabung uji D tidak bercambah kerana tidak mempunyai suhu yang sesuai.
Manakala, tabung uji E bercambah kerana biji benih tidak memerlukan cahaya
untuk bercambah. Penambahbaikan yang boeh dilakukan pada masa akan datang ialah dengan memberikan tempat
khas untuk setiap kumpulan supaya tidak bercampur dengan kumpulan lain. Akhir
sekali, pelajar perlulah mendengar arahan serta mengikut arahan yang telah
diberikan oleh Puan Salina dan tidak bergurau semasa membuat ujikaji agar tidak
berlaku kemalangan seperti tabung uji pecah. Hal ini dapat dielakkan dengan
mendengar arahan daripada Puan Salina dan memagang tabung uji tersebut dengan
betul dan kuat.
EKSPERIMEN 3
TEMPAT : Makmal Pertanian Tisu Kultur N30
TARIKH : 4 Mac 2019
MASA : 2.00 hingga 4.00
Petang
TAJUK
Percambahan epigeal dan hipogeal
PENGENALAN
Amali ini dijalankan untuk mengetahui dan melihat perbezaan percambahan epigeal dan hipogeal. Jenis percambahan epigeal dicirikan oleh hipocotyl yang tumbuh panjang sehingga plumul dan kotiledon ke atas permukaan tanah. Kotiledon boleh menjalankan fotosintesis selagi daun belum terbentuk. Contoh tumbuhan ini adalah kacang hijau, kacang soya, bunga matahari dan kacang tanah. Organ pertama yang muncul apabila benih bercambah adalah radikel. Radikel ini akan tumbuh melalui permukaan tanah. Untuk tumbuh-tumbuhan dikotiledon yang dirangsang dengan cahaya, segmen batang hipocotyl akan tumbuh terus ke permukaan tanah yang mengangkat kotiledon dan epicotiles. Epicotil akan menghasilkan daun pertama maka kotiledon akan gugur apabila rizab makanan di dalamnya telah digunakan oleh embrio. Percambahan hipogel yang dicirikan oleh epikotil tumbuh panjang dan kemudian plumul tumbuh ke permukaan tanah melalui lapisan benih. Kotiledon kekal di dalam tanah. Contoh tumbuh-tumbuhan yang mengalami percambahan adalah jagung, dan rumput.

Untuk melihat perbezaan antara
percambahan epigeal dan hipogeal
OBJEKTIF UJIKAJI
Objektif ujikaji ialah untuk mengetahui
dan melihat perbezaan antara percambahan epigeal dan hipogeal. Selain itu,
objektif ujikaji ini juga adalah untuk memilih radas dan bahan yang sesuai untuk
digunakan semasa ujikaji.
RADAS DAN BAHAN:
LANGKAH-LANGKAH
1. Peat
moss dimasukkan sebanyak separuh daripada bekas plastik ke dalam 2 bekas
plastik . Bekas plastik A dilabelkan sebagai jagung manakala bekas plastik B
dilabelkan sebagai kacang.
2. 3
biji benih jagung disemai ke dalam bekas A manakala 3 biji benih kacang disemai
ke dalam bekas B.
3. Setiap
hari, biji benih perlu direnjiskan dengan air.
4. Percambahan
biji benih perlu dipantau dan bacaannya perlu diambil pada setiap hari.
5. Selepas
5 hari, gambar percambahan biji benih perlu dilukiskan.
KEPUTUSAN
PENILAIAN UJIKAJI
Berdasarkan analisis data diatas, kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul bagi percambahan epigeal. Contoh tumbuhan dikotildeon adalah kacang hijau, kacang soya, bunga matahari dan kacang tanah. Manakala kotiledon akan kekal di bawah tanah dan hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah bagi percambahan hipogeal. Contoh tumbuh-tumbuhan yang mengalami percambahan adalah kacang, kacang, jagung, dan rumput.

1 1. Lukiskan
pemerhatian anda untuk kedua-dua jenis tumbuhan.
2. Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal.
3. Lukiskan struktur biji benih dan labelkan.
4. Apakah yang dimaksudkan embrio.
2. Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal.
3. Lukiskan struktur biji benih dan labelkan.
4. Apakah yang dimaksudkan embrio.
- Embrio bagi tumbuhan berbenih ialah
sebahagian benihnya yang terdiri daripada tisu-tisu pendahulu untuk daun,
batang (lihat hipokotil), dan akar (lihat radikel), di samping juga kotiledon. Apabila
embrio ini mula bercambah,
iaitu tumbuh keluar dari benih, ia dipanggil kecambah. Terdapat juga tumbuhan yang tidak berbenih tetapi tetap
menghasilkan embrio, seperti briofit dan paku-pakis. Bagi tumbuh-tumbuhan sedemikian, embrio merupakan anak
tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan tertempel pada gametofik induk.
5. Bagaimana
mengatasi kedormanan?
a) Mengikis kulit luar
- Gunakan kertas pasir, kikir,
- Meretakkan dengan tukul
- Menggunakan mesin pembancuh simen bersama
pasir dan kerikil.
b) Merendam dalam air
- Dapat melarutkan kimia perencat
- Kaedah merendam air panas (77 - 100 darjah farenheit beberapa minit. Dibiarkan sejuk. Air biasa 1 – 2 jam)
- Merendam dalam asid ( Bagi kulit yang terlampau keras)
- Dapat melarutkan kimia perencat
- Kaedah merendam air panas (77 - 100 darjah farenheit beberapa minit. Dibiarkan sejuk. Air biasa 1 – 2 jam)
- Merendam dalam asid ( Bagi kulit yang terlampau keras)
c)Melembabkan biji benih
pada suhu yang rendah
- Ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi fisiologi.
- Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah untuk bercambah sahaja
- Ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi fisiologi.
- Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah untuk bercambah sahaja
KESIMPULAN
Kesimpulannya, saya dapat melihat perbezaan antara dua jenis biji benih yang saya tanam,
iaitu kacang tanah dan jagung. Kedua-dua proses percambahan sangat berbeza. Bagi percambahan epigeal, kotiledon akan
keluar dari tanah bersama-sama plumul. Contoh tumbuhan epigeal adalah kacang hijau, kacang soya, bunga matahari
dan kacang tanah. Manakala bagi
percambahan hypogeal, kotiledon akan kekal di bawah tanah dan hanya plumul
sahaja yang keluar dari tanah bagi.. Contoh tumbuh-tumbuhan yang mengalami percambahan adalah kacang, kacang,
jagung, dan rumput. Penambahbaikan yang boeh dilakukan
pada masa akan datang ialah dengan
memberikan tempat khas untuk setiap kumpulan supaya tidak bercampur dengan
kumpulan lain. Selain itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan
melakukan aktiviti ini secara individu. Hal ini kerana, setiap pelajar akan
lebih mengambil perhatian serta bersungguh-sungguh dalam membuat pemerhatian
dan tidak mengharapkan kepada ahli kumpulan sahaja. Akhir sekali,
penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memberikan masa yang secukupnya untuk
membuat pemerhatian pada setiap hari agar pelajar dapat melihat perubahan dan
perbezaan terhadap percambahan biji benih tersebut.
0 comments:
Post a Comment