MINGGU KETIGA : MENANAM BIJIH BENIH
Anda tidak boleh mencipta pengalaman, Anda mesti hadapinya. - Albert Camus -
Selepas tanah dibiarkan selama satu hari satu malam, maka bijih benih sudah boleh ditanam. Terdapat 3 jenis bijih benih yang telah diberikan kepada kami iaitu, Pak Choy, Bayam Hijau dan Sawi Putih.
Sebelum menanam bijih benih, setiap pelajar dibenarkan untuk menanam dua jenis bijih benih pada pada batas masing-masing. Kami telah memilih bijih benih sawi putih dan bayam hijau untuk ditanam di batas kami.
Untuk menanam bijih benih ini, terdapat 4 cara iaitu tabur terus, alur, pocket dan tray semaian. Kami menggunakan salah satu daripada 4 cara tersebut iaitu menggunakan cara alur. Apa yang dimaksudkan dengan cara alur? Cara alur ini seperti longkang dan tujuan alur ini dibuat agar bijih benih yang ditanam selari dan tersusun cantik. Alur ini tidak perlu dalam sangat dan tidak perlu besar sangat. Ngam-ngam soi je gitu. Nak buat alur ni boleh guna kayu je tak payah susah2 sebab alur ni tak perlu dalam sebab kalau dalam bijih benih tu perlukan tenaga yang kuat untuk keluar akan akar dan kemungkinan kalau dalam sangat bijih benih tak akan tumbuh. Btw, setiap batas kena buat 4 alur.
Selepas bijih benih dicampur dengan pasir, okey sekarang dah boleh tanam bijih benih! So sekarang ni, ambil campuran bijih benih tadi, kemudian tabur dekat atas alur yang kita dah buat awal2 tadi. Kemudian, tutup je bijih benih tu dengan tanah. Jangan tutup banyak sangat dengan tanah cukup sekadar menutupi bijih benih sahaja.
Apa nak buat lepas ni? Okey lepas je dah siap tanam bijih benih, kita kena buat sungkupan. Tujuan sungkupan ni dibuat untuk mengelakkan bijih benih daripada lari apabila disiram atau terkena hujan. Selain itu, sungkupan ini juga untuk menggelakkan cahaya matahari daripada terus ke bijih benih.
Maka, bermula lah episod lepas subuh kena datang ladang nak siram pokok . HAHA. Bijih benih ini perlu disiram sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi sebelum jam 8 pagi dan pada waktu petang selepas jam 6 petang.
0 comments:
Post a Comment