MINGGU KE-7 KERATAN BATANG
Keratan batang merupakan kaedah pembiakan vegetatif. Keratan batang sering dijadikan pilihan kerana ia mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Antara tanaman yang sering dibiakan melalui keratan batang ialah Pokok Bunga Kertas, Allamanda, Bunga Raya dan banyak lagi.
Pilih batang pokok yang sesuai iaitu tidak terlalu tua atau muda, berwarna coklat elakkan yang berwarna hijau kerana masih muda.
Keratkan batang tersebut, potongkan pada bahagian yang lembut. Potong secara condong pada bahagian bawah batang tersebut.
Celupkan bahagian bawah keratan tersebut dengan hormon pengakaran
Kemudian, tanam keratan ke dalam tanah, sebelum tanam tu, seeloknya membuat lubang kecil dan tanam keratan tersebut sambil baca Bismillah, baca doa sikit supaya dia hidup.
Tanah ini dicampurkan dengan baja organik. Kemudian tanah ini di letakkan ke dalam plastik hitam.
Mampatkan tanah tersebut, agar keratan batang tersebut tidak bergerak. Macam tak longgar laa. tak senang tercabut gitu.
kemudian, letakkan semua keratan batang yang telah dibuat di satu tempat. Supaya senang bagi tujuan penyiraman.
Kemudian, letakkan semua keratan batang yang telah dibuat di satu tempat. Supaya senang bagi tujuan penyiraman.
Okey itu sahaja untuk minggu ni, kita jumpa lagi minggu depan ye. Have a nice day !
0 comments:
Post a Comment